Refleksi





Muhd Kamal bin Ahmad (G1021769)


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin dan rahmatnya dapatlah kami menyiapkan blog pembelajaran yang tak seberapa ni.


Tujuan diwujudkan blog ini adalah untuk membantu para pelajar khususnya yang akan mengambil peperiksaan SPM mengingati balik pelajaran yang telah mereka lalui di dalam kelas.Ini sebagai nilai tambah kepada mereka dari segi maklumat yang tiada dalam buku teks dan rujukan.


Sekalung penghargaan kepada lecturer kami yang baik dan memberi tunjuk ajar berkaitan blog ini iaitu Bro Shahrizal, segala jasa dan tunjuk ajar yang diberikan amat bermakna bagi kami yang memerlukan ilmu-ilmu seperti ini.


Sebarang penambahbaikan dan komen dari anda semua amat-amat dialukan untuk memastikan blog ini sentiasa  memberi manfaat dan pengetahuan kepada kita semua. 


"Erti Hidup Pada Memberi"




MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN ISHAK (1023471)

Alhamdulillah, syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya dan rakan-rakan  menyiapkan tugasan pembinaan blog Dalam Proses Pembelajaran Dan Pengajaran bagi kegunaan guru-guru serta pelajar-pelajar MRSM Khasnya dan sekolah-sekolah kementerian yang lain.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan sekumpulan saya iaitu Hafizi,Amer,Kamal dan Mashrul Shah   dalam menjayakan tugasan ini. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada pensyarah kami, Brother Shahrizal Idzuan B Wahab Abdul Rahman  atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dalam kami menjalankan tugasan ini.
Dalam menyediakan blog ini ada beberapa masalah  yang saya dan ahli kumpulan saya hadapi. Namun, dengan semangat dan kerjasama dari ahli kumpulan,isteri serta keluarga,  pensyarah , rakan-rakan, pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar, alhamdulillah kajian tindakan ini akhirnya dapat diselesaiakan dengan jayanya
Blog ini bermula ketika proses memilih tajuk untuk dimuatkan dalam blog kami Alhamdulillah berkat panduan dari pensyarah akhirnya satu tajuk yang sesuai telah kami persetujui bersama.  Kami dapati tajuk yang sesuai itu ialah “Lambaian Kaabah ’tajuk Pendidikan Islam tinkatan empat dan termasuk dalam silibus pembelajaran SPM.Kami memilih tajuk ini kerana kami melihat tajuk ini memerlukan perincian yang lebih kerana ia melibatkan satu ibadah yang kompleks.  Selain itun kami juga menghadapi kesukaran kekangan masa kerana kelas yang padat dan ada beberapa daripada kami kurang arif tentang blog .
Pemilihan tajuk ini juga kerana haji merupakan ibadah yang betul-betul memerlukan persiapan  serta kesihatan yang baik dalam mengerjakan rukun yang ke lima ini seperti apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ibadat haji adalah ibadat yang di syariatkan oleh ALLAH S.W.T kepada umat islam dan ia merupakan rukun islam yang kelima. Ibadat haji telah mula difardhukan pada tahun keenam hijrah. Kewajipan menunaikan ibadat haji berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang berikut:
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, (Surah Al-Haj : Ayat 27).Jesteru itu blog ini juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang beragama Islam
Kesimpulannya, tugasan ini sememangnya menguji cara saya dan ahli kumpulan saya menyelesaikan masalah dalam keadaan masa yang terhad.,Akhirnya, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan saya di atas kerjasama serta komitmen yang telah diberikan. Tidak dilupakan juga kalungan penghargaan kepada Bro Shahrizal  di atas semua tunjuk ajar yang telah diberikan  kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini .




MOHD HAFIZY BIN RAMLY
G1023569

Bersyukur kepada Allah s.w.t dengan berkat dan keizinannya dapat kami menyempurnakan tugasan kedua ini. Tenaga dan pengetahuan ini adalah tidak bermakna tanpa bantuan dan sokongan daripada penyelia tugasan kami iaitu Bro Shahrizal Idzuan bin Wahab Abdul Rahman. Penghargaan tidak terhingga ingin saya rakamkan kepada beliau di atas segala tunjuk ajar, nasihat, bantuan dan dorongan dalam membimbing kami sehingga sempurnanya kajian ini.
Tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat kumpulan DipEd yang telah sedikit sebanyak membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan hasil tugasan saya  ini dengan berkesan. Semoga Allah s.w.t membalas budi baik semua pihak yang terlibat langsung dalam penyempurnaan tugasan  ini.   
Tidak dinafikan bahawa inilah pertama kali saya mencuba teknologi blog ini. Saya merasakan teknologi ini mampu untuk menjadi wadah penyampaian ilmu kontemporari kini. Biiznillah saya akan terus mencuba untuk mendalami lagi kemahiran ini.
Berbicara tentang tajuk pembincangan blog kami yang menekankan tentang HAJI adalah kerana kami merasakan tajuk ini amat memerlukan kepada pendidikan yang panjang serta terperinci. Lantaran itu kami mengharapkan dengan adanya blog ini mampu memudahkan kaedah pembelajaran kami malahan kepada semua pengunjung blog kami.
Selamat melayari blog kami………


MOHD MASHRUL SHAH BIN MOHD FADHILAH
G1027629


 Alhamdulillah segala puji bagi Allah dipanjatkan atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita. Blog yang merupakan salah satu elemen dakwah dalam menyebarkan ilmu kepada orang ramai.
       Blog ini dihasilkan sebagai keperluan kepada Diploma Pendidikan UIAM-MARA bagi subjek Teknologi Pendidikan. Kami memilih tajuk ibadah haji sebagai subjek utama perbincangan di dalam blog ini. Mudah-mudahan blog ini menjadi rujukan dan panduan kepada masyarakat umum dalam mencari calon yang sesuai bagi pasangan hidup.
Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bro Shahrizal atas tunjuk ajar dan perkongsian beliau sepanjang tempoh pengajian. Terima kasih juga kepada rakan-rakan kumpulan yang bersama-sama menjayakan tugasan yang diberikan. Sekian terima kasih..



Muhd Amir Azamuddin Rashid
G1027513

Dengan nama Allah swt dan segala puji bagi-Nya serta selawat dan salam baut junjungan mulia baginda Nabi Muhammad S.a.w yang telah menyampaikan nikmat islam dan iman buat umatnya yang dikasihi. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmatnya yang tidak terhingga atas keamanan dan kemakmuran yang dikecapi lagi memberi ruang dan peluang kepada usaha- usaha menimba dan penggalian  ilmu yang tidak ada hujung hentinya. Proses ilmu ini berterusan sehingga Nabi S.a.w pernah mengungkapkan “tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad”
Jutaan penghargaan dan tanda terima kasih ingin saya rakamkan buat penyelia kami  kami, Brother Shahrizal Idzuan B Wahab Abdul Rahman  atas bimbingan, bantuan dan tunjuk ajar beliau dalam kami menjalankan tugasan ini.  yang sudi melayan kerenah kami dalam proses kami mendalami ilmu dan menyediakan blog ini sehinggalah kami mampu menyiapkan blog ini pada waktu yang telah ditetepkan.
Perjuangan bermula ketika proses memilih tajuk dalam meyediakan blog ini, saya dan ahli kumpulan mengalami pelbagai masalah kerana kekangan waktu dan jadual kelas yang menyesakkan jiwa. Alhamdulillah berkat panduan dari pensyarah dan semngat yang tidak ernah luntur dikalangan sahabat-sahabat akhirnya siap blog lambaian kaabah tajuk yang sesuai telah kami persetujui bersama. Akhirnya kami dapati tajuk yang sesuai itu ialah proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Islam Tingkatan 5
Kami dapati tajuk yang sesuai itu ialah “Lambaian Kaabah ’tajuk Pendidikan Islam tinkatan empat dan termasuk dalam silibus pembelajaran SPM.Kami memilih tajuk ini kerana kami melihat tajuk ini memerlukan perincian yang lebih kerana ia melibatkan satu ibadah yang kompleks.  Selain itun kami juga menghadapi kesukaran kekangan masa kerana kelas yang padat dan ada beberapa daripada kami kurang arif tentang blog .
Pemilihan tajuk ini juga kerana haji merupakan ibadah yang betul-betul memerlukan persiapan  serta kesihatan yang baik dalam mengerjakan rukun yang ke lima ini seperti apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Ibadat haji adalah ibadat yang di syariatkan oleh ALLAH S.W.T kepada umat islam dan ia merupakan rukun islam yang kelima. Ibadat haji telah mula difardhukan pada tahun keenam hijrah. Kewajipan menunaikan ibadat haji berdasarkan kepada firman Allah S.W.T. yang berikut:
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh, (Surah Al-Haj : Ayat 27).Jesteru itu blog ini juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang beragama Islam























































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...