Tuesday, 5 June 2012

FIDYAH




Fidyah bercukur kerana keadaan terdesak, memakai pakaian dan memakai wangi-wangian:
Dipilih di antara tiga perkara, iaitu:
Berpuasa tiga hari
Memberi makan kepada enam orang fakir miskin dimana setiap seorang diberikan setengah gantang.



Mereka yang membunuh binatang buruan yang mudah didapati:
Boleh memilih jenis Fidyah sama ada menggantikannya dengan binatang dari jenis yang sama atau menilaikannya dengan wang untuk membeli makanan dimana untuk setiap orang fakir miskin diberikan satu cupak atau berpuasa satu hari untuk setiap cupak.

Mereka yang membunuh binatang buruan yang susah didapati:
Boleh memilih sama ada memberi makanan atau berpuasa.

Fidyah kerana menggauli isteri:
Sama dengan Fidyah bercukur kerana terpaksa.

Fidyah bersetubuh:

Sekiranya berlaku sebelum Tahallul Awal:Seekor badanah (unta atau lembu), sekiranya tidak didapati hendaklah berpuasa sebanyak tiga hari dalam musim Haji dan tujuh hari apabila kembali ke tanah air.
Sekiranya berlaku selepas Tahallul Awal:
Fidyahnya sama sebagaimana Fidyah bercukur kerana terpaksa.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...